Salam LW.
Bagi memantapkan lagi Blog Laskar-Wizurai ini sahabat semua dipelawa untuk menyertai kami sebagai Blogger. Mungkin ada yang bertanya kenapa perlu ada blog dan blogger? Nak buat apa dengan Blog.
Sahabat sekalian, percayalah hari ini dengan kemajuan teknologi moden ICT, media sosial dan sebagainya kita semua tidak boleh tertinggal di belakang. Komuniti LW yang kuat ini harus terus diperkuatkan sebagai satu pasukan yang terus teguh dan mantap. Rangkaian yang sudah tersedia ini harus dikekalkan pautannya agar sentiasa kukuh dan berani mendepani cabaran yang semakin getir dihadapan sana. Jadilah insan yang berguna, berani dan professional bersama-sama didalam satu kumpulan yang disegani.
Ayuh sertai kami sebagai Blogger LW untuk menyumbang dan mengisi ruang-ruang penulisan dan maklumat yang berguna untuk seluruh generasi dan masyarakat Malaysia khususnya dan dunia secara amnya.
Daftar sekarang. Jangan tunggu lagi ..kerana masa terus berjalan meninggalkan kita.
Salam LW.
Tuesday, August 27, 2013
Friday, August 23, 2013
Laskar Wizurai
Assalamulaikum dan Salam Laskar Wizurai.
Tuan dan Puan yang dihormati,
Tuan dan Puan yang dihormati,
Blog ini telah dibangunkan bagi tujuan untuk memudahkan segala urusan yang berkaitan dengan Laskar Wizurai(LW). Untuk makluman Tuan dan Puan pada masa ini urusan mengumpul maklumat semua perserta LW sedang giat dijalankan terutamanya bagi tujuan Konvokesyen DPA.
Sehubungan dengan itu sila klik link sebelah kanan, iaitu Maklumat Peserta bagi mengemaskini maklumat Tuan dan Puan. Tuan dan Puan perlu mengisi maklumat masing-masing dengan lengkap dan memastikan maklumat berkenaan adalah sah dan benar.
Semua maklumat ini perlu dikemaskini sebelum jam 9.00 pagi pada 27 Ogos 2013(Selasa).
Sekian. Terima kasih
Rudy
s.k
Pok Nik
Syuk
Subscribe to:
Posts (Atom)