Salam LW.
Bagi memantapkan lagi Blog Laskar-Wizurai ini sahabat semua dipelawa untuk menyertai kami sebagai Blogger. Mungkin ada yang bertanya kenapa perlu ada blog dan blogger? Nak buat apa dengan Blog.
Sahabat sekalian, percayalah hari ini dengan kemajuan teknologi moden ICT, media sosial dan sebagainya kita semua tidak boleh tertinggal di belakang. Komuniti LW yang kuat ini harus terus diperkuatkan sebagai satu pasukan yang terus teguh dan mantap. Rangkaian yang sudah tersedia ini harus dikekalkan pautannya agar sentiasa kukuh dan berani mendepani cabaran yang semakin getir dihadapan sana. Jadilah insan yang berguna, berani dan professional bersama-sama didalam satu kumpulan yang disegani.
Ayuh sertai kami sebagai Blogger LW untuk menyumbang dan mengisi ruang-ruang penulisan dan maklumat yang berguna untuk seluruh generasi dan masyarakat Malaysia khususnya dan dunia secara amnya.
Daftar sekarang. Jangan tunggu lagi ..kerana masa terus berjalan meninggalkan kita.
Salam LW.
Ok maklum Rudy... :)
ReplyDeletebaik, tuan
ReplyDelete